Pusat & Muzium Adat

MUZIUM ADAT

Latar Belakang

Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Majlis perasmian pembukaan Muzium Adat ini telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab bersama-sama dengan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim dan juga Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai “Tanah Beradat”.

MUZIUM ADAT untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila klik di sini…

LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN

Latar Belakang

Selari dengan perkembangan pesat bidang permuziuman di negara ini di awal tahun 20-an, beberapa buah muzium yang terdiri dari muzium negeri, institut, jabatan dan organisasi telah ditubuhkan, kesedaran untuk memelihara warisan sejarah merupakan faktor utama penubuhan pelbagai muzium di seluruh negara. Di Negeri Sembilan, Lembaga Muzium Negeri diperuntukkan dengan akta-akta dan undang-undang tertentu dan tersendiri. Muzium merupakan sebuah badan yang ditubuhkan di bawah kehendak Enakmen Lembaga Muzium Negeri.

Lembaga Muzium adalah satu badan yang bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan perkembangannya terbuka kepada umum, memperolehi, memelihara, menghubungkan, mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, penelitian dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya.

Mengurus perolehan, pemuliharaan, pemeliharaan dan pameran segala warisan sejarah dan budaya negeri bagi menanam kesedaran dan cinta masyarakat, pelajar dan pelancong dalam serta luar negeri terhadap warisan sejarah dan budaya negeri selaras dengan tujuan penubuhan Enakmen Lembaga Muzium Negeri Sembilan 1956

LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sila kik disini…