Sejarah Adat Perpatih

Sejarah

Masyarakat Minangkabau berpegang bahawa Adat Perpatih mula berkembang dari Periangan dan Padang Panjang. Ini berdasarkan pantun yang tercatat seperti berikut:

Aku Hilir ke Inderageri,
Semalam di Padang Panjang,
Di mana adat mula berdiri,
Di Periangan, Padang Panjang (Azzal Abu Talib) 1992/93.

Azzal Abu Talib juga menjelaskan bahawa orang-orang Minangkabau telah merantau meninggalkan tanah air mereka sejak beratus-ratus tahun dahulu. Semenanjung Tanah Melayu adalah merupakan destinasi utama mereka dan pada ketika itu mereka telah membuka negeri-negeri baru iaitu di kawasan Naning dan Negeri Sembilan. Mereka juga telah membawa adat yang diamalkan di Minangkabau ke Tanah Melayu, Negeri Sembilan, sebagaimana yang diketahui umum iaitu Adat Perpatih.
Di dalam tulisan tersebut beliau juga mengemukakan pandangan bahawa di sana ramai ahli sarjana yang memandang bahawa Adat Perpatih adalah di ambil sempena nama Datuk Nan Perpatih Sebatang iaitu seorang yang bertaggungjawab menyusun dan membuat peraturan-peraturan dalam Adat Perpatih. Namun begitu pendapat ini masih boleh disangkal disebabkan ada yang berpendapat mustahil sekiranya hanya seorang sahaja individu yang membuat peraturan-peraturan tersebut secara tunggal seterusnya mampu membuat masyarakat terpangaruh untuk mengikuti dan mematuhi peraturan tersebut. Dan di sana ada kemungkinan bahawa adat ini hanya diambil sempena namanya sahaja oleh mereka yang mengamalkannnya.
Menurut (Tan Sri A Samad Idris, Norhalim Hj. Ibrahim, Haji Muhammad Tainu & Dharmala N.S.,1994), Sejauh yang dapat dipastikan penghijrahan orang Minangkabau ke kawasan yang dikenali sebagai Negeri Sembilan sekarang mulai berlaku sejak awal-awal lagi, iaitu tidak lewat daripada munculnya kerajaan Melaka. Sepanjang kurun ke 15, sehingga masa Melaka ditakluki oleh kuasa Portugis, kawasan-kawasan yang menjadi kediaman orang Minangkabau itu menjadi jajahan takluk Melaka. Selepas tahun 1511, apabila kerabat diraja Melaka berpindah ke Johor, kawasan-kawasan Negeri Sembilan pula patuh kepada kerajaan Johor sehingga penghujung kurun ke-17.
Pada tahun 1673, Johor telah lama dimusnahkan oleh Jambi. Walaupun itu hanya merupakan suatu kemunashan fizikal kerana kerana kerajaannya tetap hidup, kawalan kerajaan Johor ke atas jajahan taklunya telah menjadi longgar. Ini membolehkan beberapa kawasan untuk mengakkan kebebasan kawasan untuk menegakkan kebebasan masing-masing.
Pada tahun 1677, Rembau, Sungai Ujong dan Naning telah bersepakat dan menjemput seorang putera -raja Ibrahim- dari Pagarruyung untuk memerintah di kawasan orang Minangkabau di Semenanjung. Di bawah kepimpinan Raja Ibrahim, kekuatan orang Minangkabau mulai membimbangkan Johor dan juga Belanda di Melaka. Tetapi keadaan politik zaman itu tidak mudah dikawal oleh Raja Ibrahim. Orang Rembau sendiri enggan melibatkan diri bila Raja Ibrahim bertujuan perang dengan kuasa Belanda. Pada tahun 1680, Raja Ibrahim dibunuh oleh seorang Bugis di Rembau. Percubaan orang Minangkabu untuk mewujudkan sebuah kerajaan berdaulat tamat buat sementara (Tan Sri A. Samad Idris etl al.,1994).
Berdasarkan analisis sejarah yang telah dibuat, ini menunjukkan bahawa Adat Perpatih adalah berasal daripada masyarakat Minangkabau yang berhijrah ke Tanah Melayu serta dalam yang sama, mereka mengamalkan Adat Perpatih sehingga memberi kesan kepada masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu yang menyebabkan ianya terus kekal menjadi adat warisan turun temurun hinggalah ke hari ini.