e-Perpatih

E-PEMBELAJARAN ADAT PERPATIH PATUH SYARIAH DI MALAYSIA

E-Pembelajaran Adat Perpatih Patuh Syariah Di Malaysia adalah merupakan satu modul e-pembelajaran yang mengandungi inovasi pembelajaran berkaitan Model Adat Perpatih patuh syariah. Maklumat dan isu-isu penting berkaitan amalan Adat Perpatih dibincangkan secara jelas bagi memudahkan masyarakat, khasnya para pengkaji adat dan peminat wacana adat, serta pembaca secara amnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan amalan Adat Perpatih menurut perspektif syarak. Modul ini mengandungi huraian tajuk-tajuk penting yang menfokuskan kepada lima tajuk utama dan isu-isu yang berkaitan dengan amalan Adat Perpatih, antaranya ialah asal-usul dan sejarah adat Perpatih, sistem kepimpinan, adat perkahwinan, pengurusan harta dan sistem undang-undang jenayah di dalam Adat Perpatih. Diharapkan modul ini dapat menjadi rujukan penting untuk menjelaskan kekeliruan masyarakat dalam memahami amalan adat Perpatih di Malaysia

OBJEKTIF

  1. Membangunkan satu inovasi pembelajaran berkaitan Adat Perpatih di Malaysia menerusi model amalan adat Perpatih patuh syariah.
  2. Membina satu modul pembelajaran yang mengandungi maklumat berkaitan amalan adat Perpatih patuh syariah di Malaysia yang mudah dan sistematik.
  3. Menjadi pusat rujukan dan pengumpulan maklumat berkaitan adat Perpatih di Malaysia.
  4. Menjadi pelopor kepada pusat pengumpulan adat Perpatih Patuh syariah di Malaysia di atas talian.
  5. Memudahkan masyarakat samada para pengkaji dan pengamal adat mahupun masyarakat secara amnya untuk mendapatkan maklumat berkenaan adat Perpatih dan nilai-nilainya serta pandangan syarak ke atasnya.

KEGUNAAN

E-Pembelajaran Adat Perpatih Patuh Syariah Di Malaysia adalah satu inovasi pembelajaran menerusi satu modul yang direka khas secara unik dan sistematik untuk memudahkan dalam memahami isu-isu yang berkaitan amalan adat Perpatih di Malaysia dengan mudah dan jelas. Segala isu-isu yang terkandung dalam modul ini dan jawapan mengenai hukum ke atas amalan adat Perpatih telah dikaji dan dianalisa oleh ahli-ahli penyelidik dalam bidang syariah dan adat. Justeru, maklumat yang dikandungi modul ini boleh dijadikan rujukan yang mempunyai kredibilitinya tersendiri.

NILAI TAMBAH

Bagi memberikan kemudahan dan kefahaman, modul unik dan sistematik ini akan menjelaskan amalan-amalan adat Perpatih yang dipecahkan kepada dua skop perbincangan utama, iaitu:

1. Adat Resam:

Diterangkan mengenai upacara atau amalan dalam adat Perpatih secara terperinci untuk pengetahuan umum kepada pembaca dan pengkaji.

2. Hukum Syarak:

Hukum amalan atau upacara adat Perpatih tersebut akan dinyatakan huraian dan nilai-nilai yang terkandung serta keterangan berupa hujah-hujah daripada pihak berautoriti mengenai hukum tersebut.

POTENSI PENGKOMERSIALAN

E-Pembelajaran Adat Perpatih Patuh Syariah Di Malaysia adalah satu-satunya produk inovasi e-pembelajaran yang berasakan Adat Perpatih yang dimuatkan dengan maklumat-maklumat penting mengenai Adat Perpatih untuk bacaan umum di semua peringkat. Modul yang dibangunkan boleh digunapakai oleh para pengkaji adat, pelajar dan masyarakat secara amnya bagi memahami adat Perpatih dan hubungannya dengan syariah. Selain daripada itu modul yang disediakan juga berguna bagi jabatan-jabatan yang berkaitan untuk mengadakan sesi penerangan menggunakan modul ini tentang kepentingan dan kelestarian nilai-nilai yang terkandung dalam adat Perpatih agar dapat sentiasa diamalkan sampai bila-bila.

 

MODEL AMALAN ADAT PERPATIH PATUH SYARIAH

MODUL PEMBELAJARAN ADAT PERPATIH

MODUL 1

MODUL 2

MODUL 3

MODUL 4

MODUL 5