Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia

Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia

Merupakan satu usaha untuk mengetengahkan panduan kepatuhan syariah bagi amalan-amalan yang terkandung di dalam adat Perpatih. Khazanah kepelbagaian adat dan amalan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain, serta dilestarikan secara turun-temurun sehingga hari ini amat penting untuk dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Justeru, penjelasan berkenaan konsep kepatuhan syariah dan huraian nilai-nilai murni yang dikandung oleh setiap amalan adat ini amat perlu dibuat supaya pandangan-pandangan negatif yang selama ini beredar di masyarakat dapat dielakkan. Menerusi huraian ke atas beberapa tajuk peting dalam amalan adat Perpatih, gambaran yang lebih jelas tentang fakta yang menunjukkan bahawa tidak sedikit daripada amalan-amalan adat ini yang selari dengan syarak. Ini bagi menjelaskan kekeliruan dan kesalafahaman yang selama ini berlaku di tengah masyarakat tentang amalan adat Perpatih yang dianggap menyalahi syarak. Beberapa isu utama yang disalahfahami oleh ramai masyarakat diantaranya seperti isu-isu yang berkaitan dengan nasab atau jurai keturunan dalam masyarakat adat Perpatih yang memberatkan garis keturunan sebelah ibu (matrilinial) dan pewarisan harta pusaka. Disamping itu isu-isu lain seperti konsep kepimpinan, harta, perkahwinan dan jenayah juga dijelaskan bagi menonjolkan nilai-nilai patuh syariahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *