Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi & Pendiriannya Terhadap Pewarisan Harta Dalam Adat Perpatih

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi & Pendiriannya Terhadap Pewarisan Harta Dalam Adat Perpatih

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang insan agung yang menjadi ikon ulama’ besar di Nusantara. Beliau bukan sahaja dihormati oleh masyarakat Minang dan Nusantara, malah juga disegani oleh seluruh masyarakat dunia khususnya penduduk Mekah pada awal abad ke-19 dan akhir abad ke-20. Ini berikutan kedudukan beliau sebagai Imam dan Khatib Mazhab Syafi’ie dan Mufti Syafi’iyyah yang dilantik sebagai rujukan umat berkenaan hukum-hakam yang menjadi pertikaian di kalangan ulama’ tempatan semasa beliau berkhidmat. Berkaitan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat Minangkabau, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi mempunyai pandangan yang berbeza dengan ulama’ lain.

Pendirian inilah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah airnya sendiri dan bermastautin di Mekah sebagai satu tanda protes tidak bersetuju dengan amalan pembahagian harta pusaka di kalangan masyarakat Minang. Mengikut amalan adat, pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Minang diagihkan berdasarkan jurai keturunan sebelah perempuan yang dikenali sebagai sistem matrilineal. Beliau berpendapat amalan ini bercanggah dengan hukum Allah yang mensyariatkan umat Islam supaya mematuhi hukum syarak dengan menggunakan Faraid sebagai penyelesaian terhadap isu pembahagian harta pusaka. Menerusi kaedah analisa dan perbandingan, artikel ini akan membincangkan tokoh agamawan terkenal ini dan hujah-hujah serta alasan pendirian beliau berkenaan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat masyarakat Minangkabau.

Selain itu kajian ini juga akan menganalisa pandangan tersebut dan membuat perbandingan dengan pembahagian harta pusaka (tanah adat) yang diamalkan masyarakat adat Perpatih di Malaysia. Hasil kajian mendapati pandangan Syeikh Khatib al-Minangkabawi Syeikh menjadi satu rujukan kepelbagaian pandangan fiqh tentang hukum pewarisan di kalangan masyarakat adat Minang. Ramai kalangan yang tidak bersetuju dengan pandangan beliau, namun tidak sedikit juga yang mengambilnya kerana hujah dan alasan yang dikemukakan. Walaubagaimanapun, kalangan ulama yang mengharuskan perwarisan adat Minang menjelaskan bahawa keharusan perwarisan ini adalah berdasarkan kepada kategori harta yang diwariskan, iaitu harta pusaka yang berupa pusaka tinggi (tanah adat), kerana jenis harta ini adalah bukan hak milik mutlak kepada individu, tetapi ia adalah milik bersama suku di dalam masyakat adat. Oleh yang demikian, pembahagian warisan tanah adat sama ada dalam amalan adat Minang mahupun adat Perpatih adalah bertepatan dengan dalil syarak iaitu uruf atau adat.

Artikel lengkap di sini:

http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/109

http://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/109/63

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *