Sejarah Pengamalan Adat Perpatih Di Negeri Sembila

Negeri Sembilan mempunyai sejarah yang menarik dan unik. Dari aspek kebudayaan dan politik, Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih. Keunikannya terletak pada namanya kerana dinamakan dengan angka dan berbeza dengan negeri- negeri yang lain. Di Semenanjung Malaysia, Adat Perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan, Naning Melaka dan penduduk Minangkabau di Kampung Lukut, Kota Tinggi Johor. Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah berpunca daripada kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera sejak ratusan tahun dahulu. Adat Perpatih berasaskan kepada ‘matrilineal’dan dipercayai berasal dari adat Bodi-Caniago yang diamalkan di Minangkabau Sumatera. Mereka datang membawa bersama adat dan kebudayaan asal mereka dan dalam masa yang sama penduduk asal Negeri Sembilan iaitu orang Jakun menerima adat dan budaya baharu tersebut. Bagaimanapun, Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan sedikit berbeza dengan adat Perpatih di tanah Minangkabau, Sumatera. Ini kerana telah berlaku penyesuaian Adat Perpatih dengan amalan dan adat orang asli yang mengamalkan adat tempatan atau disebut Adat Benar. Adat Perpatih telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan ke atas sistem sosial dan politik di Negeri Sembilan. Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan bersifat menyeluruh di dalam setiap lapisan masyarakatnya di luak-luak adat. Sehingga kini Adat Perpatih memainkan peranan penting kepada sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang merangkumi aspek pelantikan pemimpin di semua peringkat, pemilikan harta pusaka, penerapan nilai-nilai keperibadian, kekeluargaan dan kemasyarakatan yang menjadi tonggak kepada keutuhan Negeri Sembilan sebagai Negeri Beradat.

ARTIKEL LENGKAP DI SINI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *