Lawatan Ke Muzium Negeri Sembilan

Lawatan dan temubual di Unit Adat Perpatih (yang dirancang menjadi Institut Adat Perpatih Malaysia tidak berapa lama lagi), unit di bawah Muzium Negeri Sembilan (Bandar Seremban). 19.4.2017

Dimaklumkan oleh pegawai unit berkenaan (Tuan Ahmad Afian) bahawa penulisan ilmiyah berkaitan Adat Perpatih belum banyak. Masih diperlukan tulisan-tulisan yang dapat memberikan penjelasan bagi isu-isu adat Perpatih yang difahami keliru oleh masyarakat seperti isu identiti dan jurai keturunan masyarakat Negeri Sembilan, pembahagian pusaka, Tanah adat … dan lain-lain.

Diharapkan hasil kajian penyelidikan model kepatuhan syariah amalan adat Perpatih di Malaysia ini akan dapat memberikan pencerahan untuk isu-isu berkenaan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *