Kedudukan Undang Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri

Kedudukan Dato’ Undang Luak di Negeri Sembilan diiktiraf menerusi Perkara 71 (2), Perkara 160, Perkara 181 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 sebagai pemerintah (ruler) Luak Johol dan Raja bagi Negeri Sembilan bersama dengan Yang di-Pertuan Besar, Dato’ Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Undang Luak Jelebu dan Dato’ Undang Luak Rembau serta Tengku Besar Tampin. Akta Tafsiran 1948 & 1967 juga mendefinisikan Dato’ Undang Luak sebagai Pihak Berkuasa Negeri, khususnya di jajahan takluk Luak dalam Negeri Sembilan. Dato’ Undang Luak adalah juga ketua agama Islam bagi Luak di kawasan masing-masing. Dato’ Undang Luak juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, yang meliputi kesemua Dato’ Undang Luak yang empat, iaitu Dato’ Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Undang Luak Jelebu, Dato’ Undang Luak Rembau, bersama dengan Tengku Besar Tampin dan Tunku Besar Seri Menanti serta Dato’ Shahbandar Sungei Ujong, yang mana ia dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Undang Luak yang empat ini mempunyai kuasa prerogatif memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Pada masa sama, Dato’ Undang Read More …