Asal-usul Adat Perpatih

ASAL USUL ADAT PERPATIH Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi. Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian dari Melaka terutamanya Masjid Tanah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Sistem Kepemimpinan Minangkabau

Ini adalah sebuah penjelasan model kepemimpinan dalam suatu masyarakat di Minangkabau, Sumatera Barat, yang masih dipraktekan sampai hari ini. Kepemimpinan yang mengutamakan kebajikan dan kebijaksanaan ini bersumber kepada kitabullah dan sunnah, tanpa mempertentangkan adat dan agama tapi menyatukannya dalam bentuk kepimpinan yang telah mengakar pada kondisi masyarakat Nusantara, jadi bukan dipaksakan dari budaya Spanyol ataupun Arab dan juga bukan kepemimpinan model demokrasi yang tidak lain adalah pintu belakang dari kapitalisme global (jaringan lintah darat perbankan), dimana praktek riba dihalalkan atas nama ‘suara rakyat… Tulisan Lengkap DISINI

Sejarah Pengamalan Adat Perpatih Di Negeri Sembila

Negeri Sembilan mempunyai sejarah yang menarik dan unik. Dari aspek kebudayaan dan politik, Negeri Sembilan mengamalkan Adat Perpatih. Keunikannya terletak pada namanya kerana dinamakan dengan angka dan berbeza dengan negeri- negeri yang lain. Di Semenanjung Malaysia, Adat Perpatih hanya diamalkan di Negeri Sembilan, Naning Melaka dan penduduk Minangkabau di Kampung Lukut, Kota Tinggi Johor. Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan adalah berpunca daripada kedatangan orang Minangkabau dari Sumatera sejak ratusan tahun dahulu. Adat Perpatih berasaskan kepada ‘matrilineal’dan dipercayai berasal dari adat Bodi-Caniago yang diamalkan di Minangkabau Sumatera. Mereka datang membawa bersama adat dan kebudayaan asal mereka dan dalam masa yang sama penduduk asal Negeri Sembilan iaitu orang Jakun menerima adat dan budaya baharu tersebut. Bagaimanapun, Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan sedikit berbeza dengan adat Perpatih di tanah Minangkabau, Sumatera. Ini kerana telah berlaku penyesuaian Adat Perpatih dengan amalan dan adat orang asli yang mengamalkan adat tempatan atau disebut Adat Benar. Adat Perpatih telah membawa banyak perubahan dan pembaharuan ke atas sistem sosial dan politik di Negeri Sembilan. Pengamalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan bersifat menyeluruh di dalam setiap lapisan masyarakatnya di luak-luak adat. Sehingga kini Adat Perpatih memainkan peranan penting kepada sistem pentadbiran Negeri Sembilan yang merangkumi aspek Read More …