Kenali Tokoh: Tan Sri Dr. Rais bin Yatim
Tan Sri Dr. Rais bin Yatim merupakan Penasihat Persatuan Kebajikan Masyarakat Minang Negeri Sembilan (PKMMNS) dan merupakan penulis buku “Adat The Legacy Of Minangkabau”. Beliau (lahir 15 April 1942) merupakan bekas Menteri Luar Negara Malaysia, bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir dari pasangan orang tua asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (ayah) dan Siandam (ibu). Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. Pada tahun 1920-an, ayahnya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam ibunya, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais bersaudara tiga orang : Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Suri (lahir 1932 dan meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu). Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.