Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia

Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia Merupakan satu usaha untuk mengetengahkan panduan kepatuhan syariah bagi amalan-amalan yang terkandung di dalam adat Perpatih. Khazanah kepelbagaian adat dan amalan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain, serta dilestarikan secara turun-temurun sehingga hari ini amat penting untuk dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Justeru, penjelasan berkenaan konsep kepatuhan syariah dan huraian nilai-nilai murni yang dikandung oleh setiap amalan adat ini amat perlu dibuat supaya pandangan-pandangan negatif yang selama ini beredar di masyarakat dapat dielakkan. Menerusi huraian ke atas beberapa tajuk peting dalam amalan adat Perpatih, gambaran yang lebih jelas tentang fakta yang menunjukkan bahawa tidak sedikit daripada amalan-amalan adat ini yang selari dengan syarak. Ini bagi menjelaskan kekeliruan dan kesalafahaman yang selama ini berlaku di tengah masyarakat tentang amalan adat Perpatih yang dianggap menyalahi syarak. Beberapa isu utama yang disalahfahami oleh ramai masyarakat diantaranya seperti isu-isu yang berkaitan dengan nasab atau jurai keturunan dalam masyarakat adat Perpatih yang memberatkan garis keturunan sebelah ibu (matrilinial) dan pewarisan harta pusaka. Disamping itu isu-isu lain seperti konsep kepimpinan, harta, perkahwinan dan jenayah juga dijelaskan bagi menonjolkan nilai-nilai patuh syariahnya.

KEPAKARAN USIM DIIKTIRAF MELESTARI ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN

Seri Menanti Resort, Selasa (1 Mei 2018) Negeri Sembilan sebagai negeri beradat semakin menyerlah dengan usaha gigih para pengamal dan pengkaji adat dalam melestari khazanah budaya dan adat Perpatih. Terdapat sebahagian masyarakat di Malaysia yang masih keliru terhadap amalan adat di Negeri Sembilan. Sebagai contoh kesalafahaman tersebut adalah amalan pewarisan harta pusaka dan susur galur di sebelah ibu (sistem matrilenial), serta mengutamakan pihak perempuan. Dalam usaha memberi pencerahan dan penjelasan terhadap kekeliruan ini kepakaran pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia telah digunapakai untuk membantu. Penyelidikan dan kajian berkaitan amalan adat Perpatih patuh Syariah telah dijalankan disamping beberapa siri forum dan persidangan yang berkaitan dengan adat dan syarak. Terbaru, Lembaga Muzium Negeri Sembilan bekerjasama dengan Majlis Kerapatan Luak Tanah Mengandung telah menjemput dua orang pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM Prof. Dr. Amir Husin Mohd Nor dan Dr. Mualimin Mohd Sahid sebagai panel ke sebuah Seminar Adat Perpatih bertajuk Adat Perpatih dan Syarak Berpisah Tiada. Seminar yang diadakan pada hari Selasa, 1 haribulan Mei 2018 di Seri Menanti Resort ini dihadiri oleh lebih kurang 150 orang dari kalangan penghulu luak dan pengamal adat Perpatih serta masyarakat di sekitar Negeri Sembilan. Kupasan isu-isu penting seputar amalan adat Perpatih dan Read More …

Konsep Perubahan Ijtihad Berdasarkan Perubahan Adat Dan Kebiasaan (Bahasa Arab).

Sila klik di sini untuk lihat artikel… Oleh: Muneer Ali Abdul Rab (Ahli Penyelidik) Kajian ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Laws and Islamic Jurispendence-ICLIJ2017, UKM yang diwakili oleh Dr. Muneer Ali Abdul Rab (Ahli Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.

Adat Yang Keliru Dalam Masyrakat Islam Dan Kesan-Kesan Yang Ditimbulkan: Kajian Deskriptif (Bahasa Arab).

Sila klik di sini untuk lihat artikel… Oleh: Mahmoud Mohamed Ali Mahmoud Edris (Ahli Penyelidik) Kajian ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Laws and Islamic Jurispendence-ICLIJ2017, UKM yang diwakili oleh Dr. Mahmoud Mohamed Ali Mahmoud Edris (Ahli Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.

Cadangan Pembangunan Model Adat Perpatih Patuh Syariah Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

sila klik di sini untuk lihat artikel Oleh: Dr. Mualimin (Ketua Penyelidik) Karya ilmiah ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC HIGHER EDUCATION TOWARD SUSTAINABLE SOCIETY (SeIPTI 2017), Unversiti Fatoni, Thailand yang diwakili oleh Dr. Mualimin (Ketua Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.