Kedudukan Undang Dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri

Kedudukan Dato’ Undang Luak di Negeri Sembilan diiktiraf menerusi Perkara 71 (2), Perkara 160, Perkara 181 dan Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta Perkara 28 dan Perkara 34 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 sebagai pemerintah (ruler) Luak Johol dan Raja bagi Negeri Sembilan bersama dengan Yang di-Pertuan Besar, Dato’ Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Undang Luak Jelebu dan Dato’ Undang Luak Rembau serta Tengku Besar Tampin. Akta Tafsiran 1948 & 1967 juga mendefinisikan Dato’ Undang Luak sebagai Pihak Berkuasa Negeri, khususnya di jajahan takluk Luak dalam Negeri Sembilan. Dato’ Undang Luak adalah juga ketua agama Islam bagi Luak di kawasan masing-masing. Dato’ Undang Luak juga adalah anggota Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, yang meliputi kesemua Dato’ Undang Luak yang empat, iaitu Dato’ Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Undang Luak Johol, Dato’ Undang Luak Jelebu, Dato’ Undang Luak Rembau, bersama dengan Tengku Besar Tampin dan Tunku Besar Seri Menanti serta Dato’ Shahbandar Sungei Ujong, yang mana ia dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Dato’ Undang Luak yang empat ini mempunyai kuasa prerogatif memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu mengikut Perkara 7 dan Perkara 11 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959. Pada masa sama, Dato’ Undang Read More …

Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia

Modul Adat Perpatih Patuh Syariah di Malaysia Merupakan satu usaha untuk mengetengahkan panduan kepatuhan syariah bagi amalan-amalan yang terkandung di dalam adat Perpatih. Khazanah kepelbagaian adat dan amalan yang diwariskan dari satu generasi ke generasi lain, serta dilestarikan secara turun-temurun sehingga hari ini amat penting untuk dipelihara untuk tatapan generasi akan datang. Justeru, penjelasan berkenaan konsep kepatuhan syariah dan huraian nilai-nilai murni yang dikandung oleh setiap amalan adat ini amat perlu dibuat supaya pandangan-pandangan negatif yang selama ini beredar di masyarakat dapat dielakkan. Menerusi huraian ke atas beberapa tajuk peting dalam amalan adat Perpatih, gambaran yang lebih jelas tentang fakta yang menunjukkan bahawa tidak sedikit daripada amalan-amalan adat ini yang selari dengan syarak. Ini bagi menjelaskan kekeliruan dan kesalafahaman yang selama ini berlaku di tengah masyarakat tentang amalan adat Perpatih yang dianggap menyalahi syarak. Beberapa isu utama yang disalahfahami oleh ramai masyarakat diantaranya seperti isu-isu yang berkaitan dengan nasab atau jurai keturunan dalam masyarakat adat Perpatih yang memberatkan garis keturunan sebelah ibu (matrilinial) dan pewarisan harta pusaka. Disamping itu isu-isu lain seperti konsep kepimpinan, harta, perkahwinan dan jenayah juga dijelaskan bagi menonjolkan nilai-nilai patuh syariahnya.

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi & Pendiriannya Terhadap Pewarisan Harta Dalam Adat Perpatih

Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi & Pendiriannya Terhadap Pewarisan Harta Dalam Adat Perpatih Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi merupakan seorang insan agung yang menjadi ikon ulama’ besar di Nusantara. Beliau bukan sahaja dihormati oleh masyarakat Minang dan Nusantara, malah juga disegani oleh seluruh masyarakat dunia khususnya penduduk Mekah pada awal abad ke-19 dan akhir abad ke-20. Ini berikutan kedudukan beliau sebagai Imam dan Khatib Mazhab Syafi’ie dan Mufti Syafi’iyyah yang dilantik sebagai rujukan umat berkenaan hukum-hakam yang menjadi pertikaian di kalangan ulama’ tempatan semasa beliau berkhidmat. Berkaitan isu pembahagian harta pusaka dalam amalan adat Minangkabau, Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minangkabawi mempunyai pandangan yang berbeza dengan ulama’ lain. Pendirian inilah yang mengakibatkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan tanah airnya sendiri dan bermastautin di Mekah sebagai satu tanda protes tidak bersetuju dengan amalan pembahagian harta pusaka di kalangan masyarakat Minang. Mengikut amalan adat, pembahagian harta pusaka dalam masyarakat Minang diagihkan berdasarkan jurai keturunan sebelah perempuan yang dikenali sebagai sistem matrilineal. Beliau berpendapat amalan ini bercanggah dengan hukum Allah yang mensyariatkan umat Islam supaya mematuhi hukum syarak dengan menggunakan Faraid sebagai penyelesaian terhadap isu pembahagian harta pusaka. Menerusi kaedah analisa dan perbandingan, artikel ini akan membincangkan tokoh agamawan terkenal ini dan hujah-hujah serta alasan pendirian beliau Read More …

KEPAKARAN USIM DIIKTIRAF MELESTARI ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN

Seri Menanti Resort, Selasa (1 Mei 2018) Negeri Sembilan sebagai negeri beradat semakin menyerlah dengan usaha gigih para pengamal dan pengkaji adat dalam melestari khazanah budaya dan adat Perpatih. Terdapat sebahagian masyarakat di Malaysia yang masih keliru terhadap amalan adat di Negeri Sembilan. Sebagai contoh kesalafahaman tersebut adalah amalan pewarisan harta pusaka dan susur galur di sebelah ibu (sistem matrilenial), serta mengutamakan pihak perempuan. Dalam usaha memberi pencerahan dan penjelasan terhadap kekeliruan ini kepakaran pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia telah digunapakai untuk membantu. Penyelidikan dan kajian berkaitan amalan adat Perpatih patuh Syariah telah dijalankan disamping beberapa siri forum dan persidangan yang berkaitan dengan adat dan syarak. Terbaru, Lembaga Muzium Negeri Sembilan bekerjasama dengan Majlis Kerapatan Luak Tanah Mengandung telah menjemput dua orang pensyarah fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM Prof. Dr. Amir Husin Mohd Nor dan Dr. Mualimin Mohd Sahid sebagai panel ke sebuah Seminar Adat Perpatih bertajuk Adat Perpatih dan Syarak Berpisah Tiada. Seminar yang diadakan pada hari Selasa, 1 haribulan Mei 2018 di Seri Menanti Resort ini dihadiri oleh lebih kurang 150 orang dari kalangan penghulu luak dan pengamal adat Perpatih serta masyarakat di sekitar Negeri Sembilan. Kupasan isu-isu penting seputar amalan adat Perpatih dan Read More …