Konsep Perubahan Ijtihad Berdasarkan Perubahan Adat Dan Kebiasaan (Bahasa Arab).

Sila klik di sini untuk lihat artikel… Oleh: Muneer Ali Abdul Rab (Ahli Penyelidik) Kajian ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Laws and Islamic Jurispendence-ICLIJ2017, UKM yang diwakili oleh Dr. Muneer Ali Abdul Rab (Ahli Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.

Adat Yang Keliru Dalam Masyrakat Islam Dan Kesan-Kesan Yang Ditimbulkan: Kajian Deskriptif (Bahasa Arab).

Sila klik di sini untuk lihat artikel… Oleh: Mahmoud Mohamed Ali Mahmoud Edris (Ahli Penyelidik) Kajian ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Laws and Islamic Jurispendence-ICLIJ2017, UKM yang diwakili oleh Dr. Mahmoud Mohamed Ali Mahmoud Edris (Ahli Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.

Analisis Terhadap Beberapa Pandangan Berkaitan Tanah Adat Di Negeri Sembilan

Sila klik di sini untuk lihat artikel… Oleh: Amir Husin Mohd Nor (Ahli Penyelidik) Kajian ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di International Conference on Laws and Islamic Jurispendence-ICLIJ2017, UKM yang diwakili oleh Prof Amir Husin (Ahli Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.  

Kenali Tokoh: Tan Sri Dr. Rais bin Yatim

Tan Sri Dr. Rais bin Yatim merupakan Penasihat Persatuan Kebajikan Masyarakat Minang Negeri Sembilan (PKMMNS) dan merupakan penulis buku “Adat The Legacy Of Minangkabau”. Beliau (lahir 15 April 1942) merupakan bekas Menteri Luar Negara Malaysia, bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Dilahirkan di Jelebu, Negeri Sembilan. Rais lahir dari pasangan orang tua asal Minangkabau, Mohammad Yatim alias Jatin bin Tahir gelar Pandeka Takue (ayah) dan Siandam (ibu).  Ayahnya seorang pedagang yang berasal dari Palupuh, Agam, Sumatera Barat. Pada tahun 1920-an, ayahnya pergi merantau ke Klang dan terus ke Gagu. Sedangkan Siandam ibunya, berasal dari Kampung Sipisang, Palupuh, Agam. Ketika berumur belasan ibunya pergi merantau ke Sungai Serai, kemudian Kampung Katub, Lenggeng dan akhirnya di Jelebu. Rais bersaudara tiga orang : Naam (lahir 1927 tinggal di Kampung Mengkan), Suri (lahir 1932 dan meninggal pada tahun 1989 ketika berumur 60 tahun), dan Atan (lahir 1936 tinggal di Kampung Gagu). Pernah menjadi guru bahasa selepas tamat perguruan di Institut Bahasa Lembah Pantai pada tahun 1964. Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di High University of Singapore dan menerima ijazah pertama pada tahun 1973. Memperolehi ijazah kedoktoran undang-undang dari University of London pada 1994.  

Kenali Tokoh: Norhalim Hj. Ibrahim

Biodata Norhalim Hj Ibrahim dilahirkan di Rembau. Telah melanjutkan pengajian ke Universiti Hull, England dalam bidang antropologi dan sekembalinya, telah dilantik menjadi pensyarah di Universiti Pertanian Malaysia hingga bersara dalam tahun 1999.Sepanjang kerjaya Norhalim sebagai guru dan pensyarah, tumpuan penyelidikan beliau adalah sejarah dan budaya Negeri Sembilan. Norhalim telah menerbitkan artikel dan buku mengenai budaya dan sejarah Negeri Sembilan. Sebahagian besar daripada hasil penyelidikan beliau masih dalam bentuk manuskrip dan kini tersimpan di ATMA untuk didigitalisekan. Antara buku yang telah diterbitkan ialah: Adat Perpatih (1993) Negeri Yang Sembilan (1995) Perkahwinan Adat Negeri Sembilan (1996) Sejarah Linggi (1998) Glosari Adat Negeri Sembilan (2003) dan Perbilangan atau Terombo? (2003). Dan banyak lagi

Kenali Tokoh: Profesor Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin

Profesor Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin adalah merupakan salah seorang tokoh yang menjadi rujukan berkenaan adat perpatih di Malaysia, khususnya di Negeri Sembilan. Berikut adalah merupakan sedikit keterangan latar belakang berkenaan Profesor Madya Dr. Mohd Rosli bin Saludin: Pendidikan: Doktor Falsafah (Ph.D) – Kesusasteraan Melayu (Komunikasi Tradisional) Universiti Malaya(2004) Sarjana Sastera – Persuratan Melayu ( – ) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)(1998) Diploma Psikologi & Kaunseling – Psikologi & Kaunseling ( – ) Universiti Kebangsaan Malaysia(1994) Diploma Pendidikan – Sejarah/Sastera ( – ) Universiti Kebangsaan Malaysia(1988) Sarjana Muda Sastera – Sastera ( – ) Universiti Kebangsaan Malaysia(1987) Tajuk Kajian: 1.Adat Melayu Serumpun. Penyelidikan Di Bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Mula 1 Januari 2004 Tamat 2005 2. Terombo. Penyelidikan Di Bawah Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Negeri Sembilan. 3. Adat Naning Melaka. Penyelidikan Di Bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 4. Adat Perpatih Berteraskan Islam. Penyelidikan Di Bawah Muzium Budaya Negeri Sembilan. 5. Peranan Wanita Dalam Adat Perpatih. Penyelidikan Di Bawah Muzium Budaya Negeri Sembilan. 6. Adat Perpatih Di Era Globalisasi. Penyelidikan Di Bawah Muzium Budaya Negeri Sembilan. 7. Adat Luak Johol. Penyelidikan Di Bawah Balai Undang Johol, Negeri Sembilan. 8. Adat Luak Tampin. Penyelidikan Di Bawah Balai Luak Read More …

Cadangan Pembangunan Model Adat Perpatih Patuh Syariah Di Malaysia: Satu Tinjauan Awal

sila klik di sini untuk lihat artikel Oleh: Dr. Mualimin (Ketua Penyelidik) Karya ilmiah ini adalah merupakan salah satu artikel yang telah dibentangkan di INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC HIGHER EDUCATION TOWARD SUSTAINABLE SOCIETY (SeIPTI 2017), Unversiti Fatoni, Thailand yang diwakili oleh Dr. Mualimin (Ketua Penyelidik) sebagai wakil pembentang ahli kumpulan penyelidik.